"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan."
Kita dapat baju, kita hilang duit. Kita dapat kenyang, kita hilang makanan. Pendek kata itulah sunnatullah kehidupan. Ironinya, masih ramai yang ingin menentang arus. Tidak pelik.
"Only dead fish swims with the stream."
Hmm...tapi kata-kata itu boleh ditafsirkan dengan makna yang berbeza...itulah manusia, kita sentiasa percaya yang kita ini yang paling hebat. Maka setiap orang ingin mengeluarkan pendapat. Itu tidak mengapa. Yang malangnya setiap orang tidak ingin dikritik. Semacam dia yang maha hebat. Tidak ada cacat dan cela
Seorang pengguna iPhone tatkala mengalami masalah dengan iPhone canggihnya pasti akan mencari mereka yang serba tahu tentang iPhone. Tidak akan dicarinya seorang doktor perubatan kerana ubatnya bukan disitu.
Manusia pun sebegitu. Membina paradigma yang betul memerlukan kepada rujukan yang betul. Rujukan yang salah memang masalah! Maka rujukan kita penduduk dunia pastinya Al-Quran yang didalamnya terkandung manual untuk ke syurga dan jalan ke neraka. Pilih dan nikmati hasilnya =)
"Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan,""Antara fatwa dan takwa, awak pilih yang mana?"
entri ni dipetik dari laman sesawang iluvislam.com
hakikat dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)